Monday, May 13, 2013

cinta hati, dengarkan aku!

kau tawan hati aku seperti tiada siapa yg mampu menawannya. 
kau pintar membuat aku tersenyum tika hati ini terluka.
tanpa sedikit pun rasa jemu, kau semburkan katakata semangat dimana tiada seorang pun yg mampu melakukan itu tehadapku.
dalam marah, kau juga pintar memujukku jika aku sepi tanpa katakata.
nak ini, nak itu, beli ini, beli itu, pinta aku yg sangat suka meminta. akan tetapi kau? hanya memberi dengan ikhlas tanpa kata  yg mampu mengguris hati aku, malah, kau masih melemparkan senyumanmu yg paling manis di mataku.
sabar sabar sabar! kau seoleh oleh tidak mahu sedikit pun menyakiti hati aku walaupun aku ini seorang yg sangat pemalas. hanya katakata nasihat yg penuh dgn makna dalam nada suara yg sangat lembut kau lontarkan kepadaku.
ketika aku takut, sedih, gembira. kau sedia memeluk aku dgn erat penuh kasih serta sayangmu.


aku masih teringat katakata kau ketika itu.. sungguh, aku sangat sedih dgn katakata itu. iyaa, memang katakata itu harus aku jadikan sebagai semangat untuk aku mengharungi kehidupan ini, akan tetapi, aku takut. sangat takut. aku takut aku akan kecewakan kau kelak. 

"Mak percayakan kakngah sbb kakngah anak Mak. Mak syg kakngah sejak kakngah dlm kandungan Mak lg". 

ya Allah, kuatkan hati aku pabila aku membaca katakata ini. 
iyaaa, aku juga masih teringat ketika aku sukar untuk tidur ketika berada jauh dgn kau, wahai cinta hati yg sangat aku sayangi, ak cuma menghantar sekeping masej kepada kau. tapi, apa yg kau lakukan kepadaku setelah ituuuu? hanya beberapa saat mungkin, kau terus telifon aku dgn nada risau, kau mengarahkan aku supaya tidur dan membacakan sedikit ayatayat suci agar aku tidur dgn aman. aku tersedar ketika itu, aku telah mengganggu tidur kau yg sepatutnya lena dibuai mimpi indah. tapi kauuu? dgn ikhlas lagi rela hati menemani aku.

Mak,

kau pernah bercerita kepadaku bahawa ketika kau melahirkan aku, tali pusatku telah melilit leher kecilku yg menyebabkan aku tidak menangis seperti budak lain. pada ketika itu juga kau telah menangis untuk aku kerana kau menyangka aku mungkin tidak ditakdirkan untuk bersamamu di dunia fana ini. terima kasih Mak! terima kasih kerana telah menunjukkan kasih serta sayang yg tidak ternilai itu sesudah aku ditakdirkan keluar dari rahimmu untuk menerokai alam dunia ini :')


aku tahu, umur kau dan dia semakin hari semakin lanjut. 
aku tahu, kau dan dia telah melepaskan aku dengan sejuta doa kau dan dia kirimkan.
iyaaa. aku tahu, aku telah dan akan membawa namamu disetiap penjuru dunia ini. malah, aku juga tidak pernah lupa nama yg aku bawa dihujung namaku iaitu, nama dia.
aku amat tahu bahawa kau berharap agar aku pulang membawa kejayaan.


insya Allah. akan aku cuba kotakan segala harapan kau dan dia. cuma aku harapkan daripada kau dan dia adalah doa. doa agar aku dilimpahkan kejayaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. doa kau dan dia amat aku perlukan di dunia ini. kerana ia sangat mustajab! ia kerana juga, redha seorang ibu adalah redha Allah SWT. aku selalu meminta dari-Nya agar mengurniakan kebahagian kepada seisi keluarga kita dalam ketaatan kepada-Nya. insya Allah...


jujur ikhlas katakata dari seorang anak yg kerdil lagi jahil ini kepada cinta hati yg sangat dicintainya, ketahuilah wahai Rahmah binti Ramli serta Mamat bin Ibrahim, aku sangat menyayangi kalian seikhlas hatiku. aku doakan kesejahteraan buat kalian. ak juga selalu berdoa agar aku menjadi anak yg solehah kerana aku tidak mahu kalian diseksa disana angkara perihal aku di dunia ini. aku juga mahu kalian sentiasa bangga kerana telah melahirkan zuriat perempuan yg akan cuba sedaya upaya agar kalian berbahagia. 
sungguh, aku kasih serta sayang kalian kerana Allah SWT. kerana jika aku menyayangi kalian kerana Dia, Dia akan meniupkan rasa kasih serta sayang antara kita yg tiada penghujungnya. Mak, Ayah.. terima kasih atas segalanya. terima kasih yg tidak terhingga dari anakmu ini. aku sangat menyayangi dan amat mencintai cinta hatiku! :')



tiada yg mampu menggantikan kasih sayang kalian kepadaku selamanya


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...