Sunday, December 21, 2014

alhamdulillah..

siapa sangka,
dalam hati remuk sedih pedih kecewa,
aku redha utk pergi ke sana.
aku dapat satu nikmat yg sangat aku bersyukur.
kau tahu?
aku dapat housemate yg sangat baik,
alhamdulillah.


aku percaya,
ini tak lain tak bukan,
berkat doa mak ayah family and kengkawan aku.

terima kasih utk doa semua
dan siapa lagi kalau bukan Kau yg makbulkan doa mereka
utk aku.
alhamdulillah, terima kasih ya Allah.

Kau bg aku kekuatan yg luar biasa.
yg aku fikir, aku akan sedih dan selalu rindukan rumah.
tapii,
aku kuat, hati aku kuat!
terima kasih ya Allah.
terima kasih utk ujian ini 
yg agak mematangkan aku, Allahu.

betullah,
doa tu, kalau kita minta betul-betul,
Allah bg dalam macam-macam cara.
thank you Allah.
i love you Allah.
aku harap,
lepas nie, Kau selalu ada dengan aku
dalam 
sedih, pedih, hati remuk, kecewa, down tersembam ke tanah,
happy, gembira dan ketawa.
sesemgguhnya Kau tahu apa yg terjadi kepadaku.

hamba yg berdosa.

Monday, December 1, 2014

sekali lagi

bila aku tolak tambah darab bahagi purata semua tuuu, 
debuk-debak-debuk-debak lebih kurang 24jam jee lagi aku nak pergi.
memang lah tak pergi jauh mana 
tapi
tapii
tape lah. mak pernah pesan
"jangan lah asyik tak suka je kakngah, nanti susah pulak kakngah nak belajar. tape, biar org cakap apa-apa. mak kenal anak mak"

hati mana yang tak tersentuh.
boleh kata aku lebih tersentuh sebab
sebab aku fikir
kenapa aku buat macam nie sampai mak cakap mcm tu?
kenapa aku bukan mcm abang
bukan mcm kakchik

tapii tape
sekali lagi aku akan ke sana
sekali lagi aku cuba buat yg terbaik
sekali lagi aku cuba nak ubah ayat mak tadi
biar ayat mak yg dekat belakang tu sama
ayat depan dgn nada yg biar aku nangis sbb aku mak ayah dan semua happy
sekali lagi mak..
sekali lagi ayah..

mana taw masin mulut mak ayah tu
yg tak pernah doakan yg buruk utk aku
kengkawan yg tak putus-putus bg semangat
aku ada semua.
kawan
sahabat yg sangat mengambil berat ttg ku.
semoga doa semua didengar Kau Tuhan.
semoga mereka juga diberkati Kau
Aamiin Allahumma Aamiin.
jaga mereka ya Allah, lindungi mereka, pelihara mereka.
mereka adalah saham aku di sana kelak.

kakngah.

Sunday, November 23, 2014

payah jugak nak memujuk ye?

..."takpe kau doa bebanyak okay? in sha Allah, ade tu rezeki kau dekat mana-mana nie. yakin taw!'...
..."kau kuat taw!"...



ni lah kata-kata aku yg akan aku ucap kalau kengkawan aku mendapat berita buruk or something yg buat dyeorg down.
pujuk.
setakat memujuk orang senang jeee aku nasihat. tapi bila hati aku sendiri?


ternyata bukan senang memujuk hati sendiri kan?
walau mulut dan otak dah cakap "takpe, ujian Allah bagi untuk kau jadi kuat" 
tapiiii hati?

hati tetap cakap "kenapa aku? kenapa aku? kenapa aku? kenapa aku? apa salah aku? mana silap aku?"
hati bila dah kuasai jiwa mulalah nak menangis.
menangis kecewa dgn diri sendiri.
sebab diri sendiri yg lalai.

susah nya nak redha.
redha utk percaya ini takdir aku.
takdir yg mesti aku redhai.

betul lah, bkn senang nak pujuk hati sendiri.
pujuk hati nie mcm nak diet.
makin kita ckp kita nak diet, makin kita makan menambah-nambah.
sama lah kes pujuk hati sendiri.
makin mulut cakap "aku okay", makin tu air mata jatuh membasahi lantai rumah.
Allah, mohon kau ada dalam gembira sedih ketawa menangis aku. Allahu.

Thursday, May 22, 2014

...

Saya ada simpan hati pada orang,
dia tak tahu
kenapa saya tulis ni?
bukan untuk dia tahu.
tapi untuk siapa yang terbaca.
bila ada hati pada orang,
lebih baik simpan dan doa
luah pada tiba masanya, yakni betul-betul masanya.
kerana takut, bila ‘perkenalan’ awal
rindu pada dia mengatasi rindu pada Tuhan
takut hilang dia kalau tak luahkan?
jangan takut, jodoh sudah tertulis,
kalau bukan dia, ade yang lebih baik.
saya hanya orang biasa,
yang berusaha menjadi baik.
doakan saya.
perkenalan sesudah nikah lebih indah..

Wednesday, May 14, 2014

Dia

Terasa ingin menjerit,

Memberitahu pada semua,


Betapa aku sudah terlalu perit,


Hidup dalam muslihat dunia.


Terasa ingin melaung sekuatnya,

Biar dunia tahu apa yang ku rasa,


Betapa aku ingin keluar dari kesempitan yang melanda,


Agar bisa ku kecapi tenang di jiwa.


Terasa ingin memberitahu semua,

Betapa letih sudah aku dengan dunia,


Tetapi ku tahu cukuplah dengan ada Dia,


Untuk aku kongsi segala.


Ingin ku cerita pada semua,

Bahawa aku telah hampir berputus asa,


Betapa kesibukan dunia telah memerangkap jiwa,
Tetapi di sebalik semua,


Masih ada ketenangan yang ku dapatkan dari Dia,
Untuk aku terus bangun dari kecewa.


Tuesday, January 21, 2014

tentang hati, untuk mak :')

cinta.
cinta yg sangat banyak ertinya.
erti yg tak semua faham.
faham yg tak semua bole praktiskan.
praktis di alam yg serba singkat ini.
cinta.



manusia.
manusia yg byk melakukan dosa.
manusia yg tidak reti bersyukur terhadap nikmat yg diberi.
manusia yg tamak.
manusia yg tidak sempurna sama sekali,.
ya,
manusia itu aku.

aku memiliki seorang mak yg sangat kuat.
yg sangat baik.
dan yg sangat menyayangi aku.
terima kasih mak.

ye,
mak aku tak belajar tinggi  tapi, setiap pagi dia kejutkan aku untuk solat subuh.
ye,
mak aku tak belajar tinggi tapi, setiap hari baju aku siap dilipatnya. suatu ketika dahulu.
ye,
mak aku tak belajar tinggi tapi, setiap pagi dia siapkan sarapan untuk aku.
ye,
mak aku tak belajar tinggi tapi, setiap pagi dia bersama ayah temankan aku ke sekolah.
ye,
mak aku tak belajar tinggi tapi, setiap kali berpisah dengan aku, dia akan peluk dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.
ye.
mak aku tak belajar tinggi tapi, setiap kali balik sekolah, mak dan ayah tunggu aku di pagar sekolah.
ye,
mak aku tak belajar tinggi tapi, setiap hari, selepas balik sekolah, makanan tengahari sudah tersedia di dapur.
ye,
mak aku tak belajar tinggi tapi, aku ade 5 orang adik-beradik dan mak aku dapat menjaga kami dengan baik.
ye,
mak aku tak belajar tinggi tapi, makan kami cukup, pakaian kami cukup. kami bahagia!



Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh & selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan & kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipun si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya..

20 tahun yang lalu
Ibu & Ayah ada bagi aku sebuah hadiah

Hadiah yang sampai sekarang aku gunakan
Pemberian yang sehingga sekarang aku manfaatkan
tak pernah lusuh
tak pernah pudar
tak pernah rosak
kerana aku tahu ianya sangat bernilai & akan aku jaga sebaik mungkin

Aku bawa kemana sahaja aku melangkah
Hadiah & pemberian tu "Sebuah Nama"
Sebuah nama yang terselit 1001 makna;
[Cahaya Kegembiraan]





moga Allah redha.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...