Tuesday, July 23, 2013

heart

hati, sabar lah.
hati, redha lah.
hati, tenang lah.
hati, damai lah.





bagi aku, HATI adalah organ yg penting. kerana, dengan hati lah niat tercipta. dengan hatilah aku melakukan itu dan ini. sebaik-baiknya aku menjaga hati yg kupinjam dari ya Rabb agar sentiasa bersih seperti kekasih-Nya, namun, sebaliknya agungnya! sucinya hati kekasih-Mu.


alangkah beruntungnya meraka yg dapat mempelajari kursus yg satu itu. sungguh, aku cemburu! aku seperti biasa masih menyimpan niat sedalamnya untuk ke arah itu. pernah juga terdetik di hati ini, mungkin ini bukan untukku. la illaha illallah, aku menangis. ini yg aku impikan dan aku harapkan akan tetapi, jika tidak tertulis untuk ku, adakah aku mampu mengawal hati ini?
iya, seribu kali aku menyedapkan hati sendiri, mungkin itu untuk aku! seyakinnya! namun, suara halus ade berbisik, "sabarlah efa, sabarlah jika itu bukan untuk mu". aku pohon, kuatkan hati ini jika itu berlaku nanti.
ya Allah, selagi itu tidak jelas untukku maka, doronglah aku untuk terus berusaha kearah itu.

masih ku ingat pesan cinta hatiku, "belajar elok-elok!". jika aku diberi kesempatan, aku berdoa agar aku dapat membahagiakan cinta hatiku. cukuplah aku dapat membantu mereka dihari tua mereka. cukuplah mereka merasakan kasih sayangku seperti aku merasainya sekarang. cukuplah mereka merasaa dimanja seperti aku rasai sekarang. cukuplah mereka tahu, bahawa mereka masih mempunyai aku kelak :')


semoga hati ini dijaga seiring dgn impian kelak. amin ya Rabb amin :)


ikhlas dari gadis yg selalu homesick :)

Monday, July 1, 2013

ye, Dia masih sayangkan aku :')

JATUH! JATUHHH yg memang sehingga aku tidak mampu berdiri lagi. tetapi, cinta hati dan keluarga banyak memberi semangat. pabila jatuh, aku mulai malu dgn diri sendiri dan semua. menyendiri. mungkin jalan yg terbaik tetapi.. smpai bila?


hati diusik oleh satu suara yg mengajakku utk membelek kitab suci yg mana tiada satu kitab pun mampu menandinginya. bukan kitab medic yg aku maksudkan, bukan juga kitab microbiology, tetapi, kitab suci al Quran. 
meneliti aku dari satu muka surat ke satu muka surat. hati kecil aku berbisik, "ya Allah, kenapa ketika aku jatuh, sedih, baru aku terfikirkan mukjizat tinggalan yg satu ini?" dari sudut yg lain pula, hati aku menyatakan bahawa, cinta dan sayang Allah itu tidak pernah hilang kepada hamba-Nya. seperti aku! dalam situasi aku yg hampir lupa kepada-Nya keteka masa tawaku, tetapi, Dia masih memberi cahaya kepadaku.


sungguh!



sungguh!!


sungguh aku malu dengan diri aku yg sangat riak di muka bumi pinjaman ini. apa yg aku fikirkan sehingga aku riak dengan apa yg aku ada. harta, ilmu, segalanya juga. aku akui, itu bukan milik hakiki di dunia ini. ia hanya bekal aku untuk ke negeri yg kekal kelak.
tetapi Dia memberi peluang kepadaku. sehingga kehari ini. alhamdulillah. terima kasih ya Rabb :)
Dia datangkan semangat itu menggunakan perantaraan. iatu melalui cinta hati, keluarga dan kawan-kawan.
sehingga itu juga, aku cuba untuk memperbaiki diri aku yg hina ini. *semoga dipermudahkan*



"MATINYA SEKEPING HATI APABILA TIADA PENYESALAN ATAS SEGALA DOSA DAN MAKSIAT YANG DILAKUKAN PADA ALLAH SWT"




berusaha menjadi orang positif

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...