Tuesday, January 21, 2014

tentang hati, untuk mak :')

cinta.
cinta yg sangat banyak ertinya.
erti yg tak semua faham.
faham yg tak semua bole praktiskan.
praktis di alam yg serba singkat ini.
cinta.



manusia.
manusia yg byk melakukan dosa.
manusia yg tidak reti bersyukur terhadap nikmat yg diberi.
manusia yg tamak.
manusia yg tidak sempurna sama sekali,.
ya,
manusia itu aku.

aku memiliki seorang mak yg sangat kuat.
yg sangat baik.
dan yg sangat menyayangi aku.
terima kasih mak.

ye,
mak aku tak belajar tinggi  tapi, setiap pagi dia kejutkan aku untuk solat subuh.
ye,
mak aku tak belajar tinggi tapi, setiap hari baju aku siap dilipatnya. suatu ketika dahulu.
ye,
mak aku tak belajar tinggi tapi, setiap pagi dia siapkan sarapan untuk aku.
ye,
mak aku tak belajar tinggi tapi, setiap pagi dia bersama ayah temankan aku ke sekolah.
ye,
mak aku tak belajar tinggi tapi, setiap kali berpisah dengan aku, dia akan peluk dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.
ye.
mak aku tak belajar tinggi tapi, setiap kali balik sekolah, mak dan ayah tunggu aku di pagar sekolah.
ye,
mak aku tak belajar tinggi tapi, setiap hari, selepas balik sekolah, makanan tengahari sudah tersedia di dapur.
ye,
mak aku tak belajar tinggi tapi, aku ade 5 orang adik-beradik dan mak aku dapat menjaga kami dengan baik.
ye,
mak aku tak belajar tinggi tapi, makan kami cukup, pakaian kami cukup. kami bahagia!



Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh & selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan & kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipun si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya..

20 tahun yang lalu
Ibu & Ayah ada bagi aku sebuah hadiah

Hadiah yang sampai sekarang aku gunakan
Pemberian yang sehingga sekarang aku manfaatkan
tak pernah lusuh
tak pernah pudar
tak pernah rosak
kerana aku tahu ianya sangat bernilai & akan aku jaga sebaik mungkin

Aku bawa kemana sahaja aku melangkah
Hadiah & pemberian tu "Sebuah Nama"
Sebuah nama yang terselit 1001 makna;
[Cahaya Kegembiraan]





moga Allah redha.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...