Tuesday, September 10, 2013

abang.


...... " Adikku  muda  remaja
Awasi  bila  melangkah
Wajahmu  manis  bak  bunga
Pasti  ramai  yang  tergoda
Tidak  dilarang  kau  bersuka
Asal  tahu  kan  batasnya
Jangan  sampai  adik  terlupa
Harapan  dan  cita-cita
Ibu  dan  ayah
Menaruh  harapan
Agar  kau  berjaya
Di  hari  kemudian
Bila  tiba  waktu  petang
Dari  sekolah  kau  pulang
Bergalas  buku  di  pinggang
Siapa  lihat  pasti  tertawan
Adik  masih  bersekolah
Awas  segala  dugaan
Adik  kan  ambil  ambil  periksa
Agar  senang  masa  depan

Tumpukan perhatian
Dengan sepenuhnya
Serahkan selainnya
Kepada yang Esa

Bila adik telah berjaya
Abg pon turut gembira
Tapi andai sebaliknya
Jangan kau rasa kecewa

Sekali adik terkandas
Bukan untuk selamanya
Dihati sematkan pesanan
Ingat abg teta sayang "...


dia.

dia.

diaa..


mengirimkan utusan yg paling bermakna bg aku dan adik-adik. lagu pula diyanyikan oleh Sudirman, aku, peminat Sudirman :D
aku pernah terkandas. bukan sekali tapi banyak kali. sehingga kini aku mengaku, aku takot dgn ujian dunia. sungguh, aku bukan kuat. tapi berusaha dan akan berusaha demi mereka yg aku cintai dan sayangi sepenuh hati.


ya Allah,

jagakan meraka untuk aku. untuk diri ini yg selalu meminta. perminta aku yg satu ini amat aku harapkan dari-Mu. mereka harta yg amat berharga dan hadiah yg paling bermakna dalam hidup yg Kau kurniakan. pintaku, semoga mereka akan menjadi keluargaku di negeri yg kekal abadi kelak.

ya Rasulullah,

berilah syafaat kepada cinta-cinta hatiku ini. janganlah kau biarkan mereka di negeri yg kekal kelak. semoga mereka terpilih untuk bersamamu kelak. insya-Allah.
amin, amin ya Rabb.



eh, gemoknye aku dulu! :P

Thursday, September 5, 2013

haaa, sesuai ni. sesuai.

lumrah.



normal lah jika seorang student ipta stay up sampai tengah malam, ehhh, rase nye macam dah hujung-hujung malam je nie. hihiii.okay, sambong balik. normal lah jika student ipta yg bertungkus-lumus menyiapkan assignment yg banyak, mungkin.
bersengkang mata semata-mata ingin menyiapkan dan submit on the time. iyaaaaa. itu aku, MUNGKIN.




lumrah.




seorang puteri merindukan ayahandanya. seorang puteri juga amat merindui ibundanya. rindu yg tidak dapat diungkap dgn kata-kata manis si puteri. si puteri inginkan mesin yg dapat dia kirimkan hari-hari kiriman rindu kepada ayahanda dan bonda serta kakanda dan adinda yg amat disayangi dunia akhirat. tetapi, manakah tempat yg mempunyai mesin tersebut? pelusuk manakah? 


ada. mesin tersebut ada.jauh di dalam pelusuk hati yg dicipta oleh-Nya.



rindu itu sakit kadang-kadang. sakit yg sehingga mampu mengalirkan air mata. tetapi rindu itu kadang-kadang menenangkan. setiap kali rindu, wajah itu muncul!
wajah insan yg paling amat sangat aku cintai dan sayangi. cinta hati :')


"cinta hati.... hangat kasih sayang kalian amat aku rasai ketika kita berjauhan. seperti sekarang. kata-kata aku ada yg menyakiti hati kalian tetapi, kalian tidak pernah tinggalkan diri aku sendirian. aku menangis, kalian peluk penuh kasih sayang. terpancar kebanggaan dalam senyum kalian pabila aku berjaya. kalian juga tidak pernah biarkan aku kecewa pabila aku kegagalan. kalian terlalu bermakna buat diriku. terima kasih, terima kasih untuk segala yg telah kalian lakukan utk ku. aku tidak dapat bayangkan jika aku tiada kalian. aku terlalu cintakan cinta hatiku!"



iyaaa, aku lah puteri yg terlalu sayangkan ayahanda dan ibundanya. TERLALU!
pintaku, semoga Allah memberkati kita sekeluarga dan kasih sayang antara kita tidak akan putus. aku rindu! :')

wajah kegemaran yg sentiasa dihatiku 
wajah kegemaran juga yg selalu hadir keteka rindu
wajah kegemaran juga yg hadir ketika sedih, gembira yg semua rasa



p/s : aku juga student yg sedang menyiapkan assignment utk submit besok. hihii

Tuesday, July 23, 2013

heart

hati, sabar lah.
hati, redha lah.
hati, tenang lah.
hati, damai lah.





bagi aku, HATI adalah organ yg penting. kerana, dengan hati lah niat tercipta. dengan hatilah aku melakukan itu dan ini. sebaik-baiknya aku menjaga hati yg kupinjam dari ya Rabb agar sentiasa bersih seperti kekasih-Nya, namun, sebaliknya agungnya! sucinya hati kekasih-Mu.


alangkah beruntungnya meraka yg dapat mempelajari kursus yg satu itu. sungguh, aku cemburu! aku seperti biasa masih menyimpan niat sedalamnya untuk ke arah itu. pernah juga terdetik di hati ini, mungkin ini bukan untukku. la illaha illallah, aku menangis. ini yg aku impikan dan aku harapkan akan tetapi, jika tidak tertulis untuk ku, adakah aku mampu mengawal hati ini?
iya, seribu kali aku menyedapkan hati sendiri, mungkin itu untuk aku! seyakinnya! namun, suara halus ade berbisik, "sabarlah efa, sabarlah jika itu bukan untuk mu". aku pohon, kuatkan hati ini jika itu berlaku nanti.
ya Allah, selagi itu tidak jelas untukku maka, doronglah aku untuk terus berusaha kearah itu.

masih ku ingat pesan cinta hatiku, "belajar elok-elok!". jika aku diberi kesempatan, aku berdoa agar aku dapat membahagiakan cinta hatiku. cukuplah aku dapat membantu mereka dihari tua mereka. cukuplah mereka merasakan kasih sayangku seperti aku merasainya sekarang. cukuplah mereka merasaa dimanja seperti aku rasai sekarang. cukuplah mereka tahu, bahawa mereka masih mempunyai aku kelak :')


semoga hati ini dijaga seiring dgn impian kelak. amin ya Rabb amin :)


ikhlas dari gadis yg selalu homesick :)

Monday, July 1, 2013

ye, Dia masih sayangkan aku :')

JATUH! JATUHHH yg memang sehingga aku tidak mampu berdiri lagi. tetapi, cinta hati dan keluarga banyak memberi semangat. pabila jatuh, aku mulai malu dgn diri sendiri dan semua. menyendiri. mungkin jalan yg terbaik tetapi.. smpai bila?


hati diusik oleh satu suara yg mengajakku utk membelek kitab suci yg mana tiada satu kitab pun mampu menandinginya. bukan kitab medic yg aku maksudkan, bukan juga kitab microbiology, tetapi, kitab suci al Quran. 
meneliti aku dari satu muka surat ke satu muka surat. hati kecil aku berbisik, "ya Allah, kenapa ketika aku jatuh, sedih, baru aku terfikirkan mukjizat tinggalan yg satu ini?" dari sudut yg lain pula, hati aku menyatakan bahawa, cinta dan sayang Allah itu tidak pernah hilang kepada hamba-Nya. seperti aku! dalam situasi aku yg hampir lupa kepada-Nya keteka masa tawaku, tetapi, Dia masih memberi cahaya kepadaku.


sungguh!



sungguh!!


sungguh aku malu dengan diri aku yg sangat riak di muka bumi pinjaman ini. apa yg aku fikirkan sehingga aku riak dengan apa yg aku ada. harta, ilmu, segalanya juga. aku akui, itu bukan milik hakiki di dunia ini. ia hanya bekal aku untuk ke negeri yg kekal kelak.
tetapi Dia memberi peluang kepadaku. sehingga kehari ini. alhamdulillah. terima kasih ya Rabb :)
Dia datangkan semangat itu menggunakan perantaraan. iatu melalui cinta hati, keluarga dan kawan-kawan.
sehingga itu juga, aku cuba untuk memperbaiki diri aku yg hina ini. *semoga dipermudahkan*



"MATINYA SEKEPING HATI APABILA TIADA PENYESALAN ATAS SEGALA DOSA DAN MAKSIAT YANG DILAKUKAN PADA ALLAH SWT"




berusaha menjadi orang positif

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...