hati diusik oleh satu suara yg mengajakku utk membelek kitab suci yg mana tiada satu kitab pun mampu menandinginya. bukan kitab medic yg aku maksudkan, bukan juga kitab microbiology, tetapi, kitab suci al Quran.
meneliti aku dari satu muka surat ke satu muka surat. hati kecil aku berbisik, "ya Allah, kenapa ketika aku jatuh, sedih, baru aku terfikirkan mukjizat tinggalan yg satu ini?" dari sudut yg lain pula, hati aku menyatakan bahawa, cinta dan sayang Allah itu tidak pernah hilang kepada hamba-Nya. seperti aku! dalam situasi aku yg hampir lupa kepada-Nya keteka masa tawaku, tetapi, Dia masih memberi cahaya kepadaku.
sungguh!
sungguh!!
sungguh aku malu dengan diri aku yg sangat riak di muka bumi pinjaman ini. apa yg aku fikirkan sehingga aku riak dengan apa yg aku ada. harta, ilmu, segalanya juga. aku akui, itu bukan milik hakiki di dunia ini. ia hanya bekal aku untuk ke negeri yg kekal kelak.
tetapi Dia memberi peluang kepadaku. sehingga kehari ini. alhamdulillah. terima kasih ya Rabb :)
Dia datangkan semangat itu menggunakan perantaraan. iatu melalui cinta hati, keluarga dan kawan-kawan.
sehingga itu juga, aku cuba untuk memperbaiki diri aku yg hina ini. *semoga dipermudahkan*
"MATINYA SEKEPING HATI APABILA TIADA PENYESALAN ATAS SEGALA DOSA DAN MAKSIAT YANG DILAKUKAN PADA ALLAH SWT"
berusaha menjadi orang positif
No comments:
Post a Comment