Thursday, May 22, 2014

...

Saya ada simpan hati pada orang,
dia tak tahu
kenapa saya tulis ni?
bukan untuk dia tahu.
tapi untuk siapa yang terbaca.
bila ada hati pada orang,
lebih baik simpan dan doa
luah pada tiba masanya, yakni betul-betul masanya.
kerana takut, bila ‘perkenalan’ awal
rindu pada dia mengatasi rindu pada Tuhan
takut hilang dia kalau tak luahkan?
jangan takut, jodoh sudah tertulis,
kalau bukan dia, ade yang lebih baik.
saya hanya orang biasa,
yang berusaha menjadi baik.
doakan saya.
perkenalan sesudah nikah lebih indah..

Wednesday, May 14, 2014

Dia

Terasa ingin menjerit,

Memberitahu pada semua,


Betapa aku sudah terlalu perit,


Hidup dalam muslihat dunia.


Terasa ingin melaung sekuatnya,

Biar dunia tahu apa yang ku rasa,


Betapa aku ingin keluar dari kesempitan yang melanda,


Agar bisa ku kecapi tenang di jiwa.


Terasa ingin memberitahu semua,

Betapa letih sudah aku dengan dunia,


Tetapi ku tahu cukuplah dengan ada Dia,


Untuk aku kongsi segala.


Ingin ku cerita pada semua,

Bahawa aku telah hampir berputus asa,


Betapa kesibukan dunia telah memerangkap jiwa,
Tetapi di sebalik semua,


Masih ada ketenangan yang ku dapatkan dari Dia,
Untuk aku terus bangun dari kecewa.


Tuesday, January 21, 2014

tentang hati, untuk mak :')

cinta.
cinta yg sangat banyak ertinya.
erti yg tak semua faham.
faham yg tak semua bole praktiskan.
praktis di alam yg serba singkat ini.
cinta.



manusia.
manusia yg byk melakukan dosa.
manusia yg tidak reti bersyukur terhadap nikmat yg diberi.
manusia yg tamak.
manusia yg tidak sempurna sama sekali,.
ya,
manusia itu aku.

aku memiliki seorang mak yg sangat kuat.
yg sangat baik.
dan yg sangat menyayangi aku.
terima kasih mak.

ye,
mak aku tak belajar tinggi  tapi, setiap pagi dia kejutkan aku untuk solat subuh.
ye,
mak aku tak belajar tinggi tapi, setiap hari baju aku siap dilipatnya. suatu ketika dahulu.
ye,
mak aku tak belajar tinggi tapi, setiap pagi dia siapkan sarapan untuk aku.
ye,
mak aku tak belajar tinggi tapi, setiap pagi dia bersama ayah temankan aku ke sekolah.
ye,
mak aku tak belajar tinggi tapi, setiap kali berpisah dengan aku, dia akan peluk dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.
ye.
mak aku tak belajar tinggi tapi, setiap kali balik sekolah, mak dan ayah tunggu aku di pagar sekolah.
ye,
mak aku tak belajar tinggi tapi, setiap hari, selepas balik sekolah, makanan tengahari sudah tersedia di dapur.
ye,
mak aku tak belajar tinggi tapi, aku ade 5 orang adik-beradik dan mak aku dapat menjaga kami dengan baik.
ye,
mak aku tak belajar tinggi tapi, makan kami cukup, pakaian kami cukup. kami bahagia!



Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh & selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan & kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipun si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya..

20 tahun yang lalu
Ibu & Ayah ada bagi aku sebuah hadiah

Hadiah yang sampai sekarang aku gunakan
Pemberian yang sehingga sekarang aku manfaatkan
tak pernah lusuh
tak pernah pudar
tak pernah rosak
kerana aku tahu ianya sangat bernilai & akan aku jaga sebaik mungkin

Aku bawa kemana sahaja aku melangkah
Hadiah & pemberian tu "Sebuah Nama"
Sebuah nama yang terselit 1001 makna;
[Cahaya Kegembiraan]





moga Allah redha.





Monday, October 21, 2013

undo

"yeaayyy! alhamdulillah, aku dah 20thn dekat sinie!"
ini ucapan yg bebrbisik dalam hati pada hari itu. ye, hari itu lah.
hari yg dimana 20thn selepas mak melahirkan aku di rumah usang milik arwah aki aku yg kini menjadi milik tok.

jam 1245,


lahirnya aku. bayi kecil yg sedang terbelit lehernya dgn talipusat, kata mak. cerita mak lagi, sesudah aku dikeluarkan dari perut mak, aku tidak menangis. risauuu hati mak sbb sangkaannya aku tiada. manakan tidakrisau, mak meneran kesakitan seorang diri tanpa ayah, cuma bertemankan tok. bukan bermaksud lain cuma ayah belayar kemana entah. ceritanya lagi, melahirkan aku cukup senang sekali, alhamdulillah.
menjaga aku diwaktu kecil memang senang kerana aku hanya minum susu emak. alhamdulillah, susu itu telah menjadikan aku seperti hari ini. eh, konklusinya, menjaga aku diwaktu kecil mudah. HEHE


aku tak pernah mengharapkan apa-apa pon dari siapa-siapa utk setiapkali birthday. cukuplah kalau kengkawan dan saudara-mara ingat! terutama pabila mereka-mereka mendoakan aku. bila dieorang ingat dan doa, hati wa jadi gembiraaaa. tersangat gembira!


*pause*


terima kasih matun, lissa, ika, adib, aiman, naim, khery.
15SEPTEMBER2013-BURGER KING (dekat TC)


summary case #1 :

matun tipu cakap kekonon ada problem dgn adib. then fetch aku dgn lissa dari rumah and bawak pegi TC. konon jugak takut nak setel dgn adib, tu sebab bawak kami. tapi agak kantoi sebab aku nampak yg lain tengah prepare cake! hee~






terima kasih ayu, anna, kina, mimi, hafiz.
18SEPTEMBER2013 -CAR PARK, UiTM Kuala Pilah, Kampus Beting :P



summary case #2 :

kononnya jugak na treat aku makan lah sempena birthday. tapi agak pelik sebab da pukol brape msg ajak makan. taw taw je lah uitm kite tutup gate for student pukul brape kan? pleiknya, sebelom pergi aku adalah ckp dekat roomate aku nie, anna, yg si kina ajak kluar makan. tak semenanya, anna jawab .."sorry efa, aku ta dpt join. kije byk!".. okay kau kije byk, tapi aku tadek ajak kau kan? hihii. lagi pelik time jenjalan dgn ayu nak ke car park, ayu cakap something sweet! itu agak tersangat amat peliksss :P
smpai car park, tadek satu pon krete tgh panas enjin??? kina ckp na pnas enjin dulu bagai. eh eh eh. pelik lagi tibe-tibe ade sorang boy and kina cecepat tutup mata aku sambil cakap.."efa jangan tengok! efa jangan tengok!:.. and si ayu nie pulak bawak aku jenjalan nye. then mimi lari bawak kekkk??? HAHA






terima kasih rara, bibah, farad, nurul.
20SEPTEMBER2013 -dalam bilik bibah and nurul and 1/2 farad)



summary case #3 :

petang hari sekitar pukol dua lebih-lebih. hujan renyai-renyai di jendela. sesudah makan and menonton cerita dari laptop bibah. time mcm tu mmg org nak tidurlah kan? aku ape lai cari port baikkkkkk punye nak tdow. tetiba ade lagu giyomi. pelikkkk! tp buat ta tahu jeee. then si farad nie beria suruh aku tgk cerita dekat laptop. malas! tapi, bila dieorang suruh jugak, aku tengokkkk. OH MAIIIIIII!! video utk aku. sweeeeet nye korang!!eh, aku dpt headphoneeeee freeeeeeeeeeeeeeeeeeeee! wane purple, cantik!
finally akuu... *senggih sengsorang, maluuu!*





terima kasih rara, bibah, farad, syakir/
22SEPTEMBER2013 -JJ SEREMBAN2 (bilik karoke no34)



summay case #4 :

hang out ramai-ramai. naik bus! dgn macam-macam dugaan dlm bus, ya Allah. selamat sampai dan ke destinasi karoookeee! memang giler-giler nyanyi then tetiba bibah ckp dye cuma nak nyanyi satu lagu je utk aku. oh lupaaa, bibah ta suka nyanyi time karoke! pelik tp tak fikir apa-apa. syakir keluar, rara and farad. ta pelik jugak. start pelik bile aku tgh nyanyi lagu apa entah dgn bibah then lagu tu stop. sekuat alam nyaaaa, kluar lagu HAPPY BIRTHDAY!! then aku sedar.. *malu tahu tak!*




ini cerita aku untuk tahun ini punya celebrations. alhamdulillah, aku bersyukur atas nikmat Kau! terasa diri ini bertuah kerana mempunyai mereka semua. 
sekian, terima kasih :*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...